27 November 2011

video
Opick - Rapuh 

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan


seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup


meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu


maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta


detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

24 November 2011

Tips Menghalang Kecurian


Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fizikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.


Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.


Tips menghalang kecurian.


(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan)


(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).


(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya)


(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.


(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...)


(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert)


(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.


(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala)


(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.


(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.


(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.


(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.


(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.


(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.


(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.


(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).


(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.


(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.


(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.


(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.


(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.


(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas11:00 malam).

SuperCAT











22 November 2011

kata-kata nasihat :)

1-Jika kamu menjaga hak-hak Allah SWT, Allah SWT akan menjaga hak-hak kamu.

2-Jika kamu tidak malu kepada Allah SWT, lakukan apa yang kamu kehendaki.

3-Elokkan makanan kamu, pasti Allah SWT memaqbulkan segala permintaan kamu.

4- Takutlah kepada Allah SWT, walau dimana kamu berada.

5- Balaslah kejahatan dengan kebaikan pasti kamu mendapat ganjarannya.

6- Berakhlaklah dengan manusia dengan sebaik-baik akhlak.

7-Takutlah kepada perkara-perkara dosa, pasti kamu akan menjadi Hamba Allah SWT terbaik.

8-Redhalah dengan pembahagian Allah SWT, pasti kamu akan menjadi manusia paling kaya.

9-Sayangilah manusia sebagaimana kamu sayang pada diri kamu sendiri.

10- Jangan terlalu banyak ketawa, kerana dengan banyak ketawa boleh menyebabkan hati mati.

11-Kezaliman adalah kegelapan di Akhirat kelak.

12-Bertaqwalah kepada Allah SWT dan berlaku adillah kepada anak-anak kamu.


13- Jauhilah daripada api neraka walau sekadar bersedekah dengan sebiji tamar.

14- Takutlah kepada doa orang-orang yang telah kamu zalimi.

15- Perkara yang paling berat dalam timbangan Allah SWT adalah Akhlak dan Budi Pekerti yang mulia.

16-Bertindak dengan tenang adalah ajaran Allah SWT dan Gopoh-gapah adalah ajaran daripada syaitan.

17-Orang yang sedikit harta, mendapat kiraan yang senang daripada Allah SWT.

18- Jika kamu tidak bersifat pemarah kamu akan miliki Syurga.

19- Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.

20-Tempat yang paling Allah SWT sukai dalam sebuah negeri adalah masjid.

21-Tempat yang paling Allah SWT benci dalam sebuah negeri adalah pasar-pasar.

22-Makanan yang paling Allah SWT sukai adalah makanan yang disedekah secara ramai-ramai.

23-Orang yang paling Allah SWT sukai adalah orang yang pandai mencari manfaat dalam agama.

24-Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang mendatangkan kesukaan kepada manusia.

25-Sesiapa dapat menahan kemarahannya, allah SWT akan menutup perkara yang memalukannya.

26- Akhlak buruk adalah merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.

27- Hamba yang paling Allah SWT sayangi adalah hambanya yang paling Mulia Akhlaknya.

28-Hati-hati dengan dunia kerana ianya elok pada pandangan dan manis pada citarasanya.

29-Jagalah lidah kamu.

30-Laksanakan amanah kepada mereka yang mempercayai amanah yang telah kamu miliki.

31-Janganlah kamu menipu kepada orang yang telah menipu kamu.

32-Berdoalah kepada Allah SWT dalam keadaan yang kamu yakin kepada penerimaanya.

33-Berilah berita gembira, janganlah kamu menakut-nakutkan seseorang.

34-Permudahkanlah sesuatu urusan, jangan kamu memayahkan sesuatu urusan.

21 November 2011

7 Perkara Yang Tidak Boleh Diubah Dalam Hidup!!

Dalam kehidupan ini ada tujuh hal yang kita TIDAK BOLEH ubah iaitu :

1. Jenis Kelamin dan Jantina
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah alat sulit. Tetapi masih tidak mampu mengubah roh orang berkenaan. Lagipun hukumya haram. Terimalah diri seadanya samada lelaki atau wanita.
2. Ibu Bapa
Mesti hormat ibu bapa dengan apa cara sekalipun! Samada dia kaki botol, pelacur mahupun perompak, tetap kena hormat mereka. Cuma kita wajib memberi nasihat dan teguran tanpa henti.
3. Tarikh Lahir
Sudah ditetapkan oleh Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan sejak azali dan jangan sesekali kita menyesalinya.
4. Bentuk Fizikal
Jika rambut anda kerinting, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, kulit gelap, terima sajalah. Memang ramai yang ingin mengubah bentuk wajah mereka samada membuat pembedahan plastik mahupun mencukur kening, tetapi tetap nampak aneh dan tidak semulajadi.
5. Masa Lalu
Past is the past. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk dijadikan sebagai pengajaran. Jadikan masa lalu sebagai batu loncatan untuk masa depan.
6. Kedudukan Dalam Keluarga
Kedudukan kita sebagai anak sulung, bongsu atau tengah, tidak akan dapat diubah sekalipun anda merasa beban memikul tanggungjawab sebagai anak sulung.
7. Suku Bangsa
Jangan menyesal jadi orang Melayu, Jawa, Cina atau India. Walaupun Melayu sering di’cop’ sebagai pemalas, berusahalah untuk mengubah tanggapan tersebut. Perkara yang kita boleh ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita.

10 Tips Kurangkan Stress


Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.


2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.


3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.


4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.


5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.


6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.


7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.


8) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.


9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.


10) Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

19 November 2011

Tip Melawan Rasa Malas Ketika Bangun Pagi



Apa yang anda lakukan ketika baru membuka mata dan terbangun di pagi hari? Jangankan liat solat subuh malah ramai juga di antara kita yang tidur semula selepas solat subuh. 
Kebanyakan anda pasti akan menjawab malas bangun dan meninggalkan bantal. Hilangkan malas dan susun semangat semasa mula-mula mata terbuka dengan beberapa langkah tepat berikut:
1. Lihatlah Sesuatu Yang Berwarna
“Ketika mata anda terbuka dan melihat sesuatu yang berwarna, adrenalin akan terpicu dan ketika itu pula tenaga anda akan terdorong,” ujar Leatrice Eiseman, pengarah eksekutif dari Pantone Color Institute.
Gunakan warna-warna cerah seperti merah, orange atau kuning pada bantal, selimut atau apapun yang berada dekat area katil ketika anda membuka mata untuk pertama kalinya.
2. Bangun dan lihatlah Bunga Mawar
“Melihat sekuntum bunga mawar ketika terbangun, terutama bagi wanita akan meningkatkan mood dan semangatnya yang akan bertahan sepanjang hari,” kenyataan Nancy Etcoff, PhD, anggota Harvard Medical Schooland the Harvard University Mind/Brain/Behavior Initiative.
3. Jangan ‘Snooze’ Alarm anda
“Ketika anda menekan snooze, otak anda tahu dan akan berkata bahawa bunyi itu akan mati beberapa minit lagi, sehingga anda akan tertidur lebih lama. Tapi anda akan lebih tak endahkan mendengar bunyi itu daripada ketika mendengar bunyi itu pertama kalinya.
“Strategi yang paling tepat adalah memasang alarm pada jam dimana anda benar-benar akan bangun, jangan ‘set’kan alarm anda lebih awal kerana anda tahu perkara itu hanya akan membuat anda lebih selalu menekan tombol snooze,” kata Jodi Mindell, PhD dari The Sleep Disorders Center at the Children’s Hospital of Philadelphia.
4. Bayangkan Aktiviti Sekejap
Ketika anda benar-benar terbangun, tutup mata sekejap dan gambarkan apa yang akan anda kerjakan pada hari itu dengan penuh semangat dan positif. “Berimaginasi tentang aktiviti akan merangsang otak untuk berfikir dan anda akan berusaha mewujudkannya ketika benar-benar beraktiviti,” ujar Dana Lightman, PhD, psikolog dai Abington, PA.
5. Minum Air Segera Setelah Bangun
Meminum segelas air segera setelah terbangun adalah cara yang baik untuk mengganti cairan tubuh yang berkurangan semalamnya. “Segala sesuatu yang terjadi di dalam tubuh memerlukan air. Tanpa air yang cukup, sistem metabolisme dalam tubuh akan bekerja lebih keras yang dapat menyebabkan melemahnya fungsi organ,” ujar Holly Andersen, MD, seorang asisten profesor di Weill Cornell Medical Center.
6. Biarkan Sinar Matahari Masuk
Sinar matahari yang menyentuh kulit akan membuat anda lebih terbangun. Bacalah akhbar tepi tingkap atau keluarlah untuk sekadar minum kopi beberapa minit.
“Cahaya pagi yang masuk ke dalam tubuh bagaikan jam biologi yang akan menghentikan sekresi melatonin, hormon yang membuat seseorang mengantuk dan meningkatkan hormon serotonin yang memicu mood seseorang” ujar James B. Maas, PhD, seorang profesor psikologi di Cornell University.
7. Memicit muka
Memicit di wajah akan meningkatkan sirkulasi darah dan mempercepat bangun tidur. Mulailah memicit dari kening, pipi, trpuk-tepuk dengan tapak tangan, kemudian di kawasan dagu dan akhirnya seluruh muka. Selain meningkatkan sirkulasi darah, gerakan memicit boleh membuat anda ‘panas’ dengan cepat.
8. Bersenamlah Sedikit
Aktiviti fizikal adalah satu cara ampuh untuk mengusir rasa malas. Dapat meningkatkan mood anda kerana beberapa hormon akan keluar, seperti hormon peningkat stamina (testosteron), tenaga (dopamin) dan ketenangan (oxytocin),” ujar Helen E. Fisher, PhD, seorang anthropolog dari Rutgers University.

Umat Islam diumpan Injil Bertenaga Solar



Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata pihaknya telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam.
Antaranya dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut  ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’.
Perkara itu didedahkan oleh exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam, Datuk Hasan Ali dalam jawapannya kepada ADUN Sungai Burung, Mohd Shamsudin Lias.
Katanya, cara lain termasuk menubuhkan pelbagai pertubuhan kebajikan atau persatuan bagi tujuan memberi bantuan berbentuk kewangan terhadap mereka yang mempunyai kesempitan hidup seperti ibu tunggal, orangmiskin, warga emas dan lain-lain.
Selain wang tunai, tarikan lain termasuk pemberian keperluan harian, modal perniagaan dan pelbagai lagi.
Tawaran hiburan
Menurut jawapan Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor, dakyah-dakyah juga disebarkan melalui internet dengan pelbagai pendekatan dan tawaran.
Ini termasuk hiburan, bantuan, khidmat nasihat, kelas dan lain-lain.
Katanya lagi, bagi mengaburi pihak berkuasa, pihak Kristian membina pusat-pusat komuniti bagi menyebarkan dakyah mereka.
“Mewujudkan kelas-kelas tuisyen percuma kepada orang-orang Islam mahupun bukan Islam sambil menyebarkan sedikit demi sedikit kepercayaan agama Islam.
“Penyebaran risalah-risalah di tempat-tempat awam dan di rumah-rumah kediaman dan juga di IPTA.
“Menterjemahkan Injil ke dalam bahas Melayu,” jawapan itu dipetik.
Selain itu, Hasan juga berkata penggunaan kalimah Allah juga digunakan dalam penulisan Kristian.
Sehubungan itu, menurut Hasan bagi mencegah orang Islam daripada murtad, JAIS akan memperkenalkan enam tindakan dan langkah pencegahan.
Ini termasuk menguatkuasakan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988 terhadap mana-mana individu, persatuan atau pertubuhan yang mendakyah agama selain Islam kepada orang Islam.

18 November 2011

berhati-hati kpd pengunjung cybercafe


Hal yang sangat penting terutama pada orang yang suka on9 di Cyber Cafe, Ok sebelum ada gunakan PC :

First, check device ni sama ada disambungkan dekat CPU atau tak.Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu.

Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yang menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses akaun bank online atau laman penting lainnya.

Setelah anda masuk ke akaun bank dan setelah selesai urusan, meninggalkan PC, itu akan dengan mudahnya pemilik CC untuk membuka akaun itu kembali dengan apa yang sebelumnya anda ketik yang telah tersimpan di dalam Black Device.

Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC, jika ada sesuatu yang mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses laman penting.

17 November 2011

Dah Cukup 3 Tahun...... Cayalah Jeemon!!!



WAH..... Hari ni (17.11.2011) dah cukup 3 tahun Jeemon kerja di sektor awam... Kikiki macam mimpi pulak... Rasa macam baru semalam masuk kerja.. Alhamdulillah aku boleh dikatakan agak beruntung sebab  kerja dengan kerajaan dalam usia yang muda (19 tahun). . Bukan senang nak kerja dengan kerajaan sekarang.. Azam pada diri sendiri, saya akan bekerja lebih rajin, kurangkan amalan negatif yang sedia ada dan selalu dengar cakap bos.. Doakan yang terbaik untuk Jeemon ya!!!!

16 November 2011

Skuad Perodua ERA Mai Opis Jeemon!!!


Hari tu dok pura-pura  rajin macam biasa tiba-tiba ada pengumuman gitau geng skuad perodua era datang kat pejabat.. Lepas dengar pengumuman tu Jeemon terus p cari dorang yang berkenaan... Hehe bukan senang nak jumpa nih... Dorang mai 4 orang je bawak barang-barang free.. Ada baucer tinted kereta, baucer hotel, baucer rawatan rambut, CD lagu, tiket konset search, roti & air minuman.. Tapi sebelum dapat suma barang tu kena jawab soalan  dulu... Jeemon dapat sebotol air tropicana twister je.. Hahaha jadi la daripada tak dapat apa-apa langsung... Pastu dorang tanya sapa yang betul-betul minat kumpulan search sebab nak bagi tiket konsert percuma.. Ada la 12 orang yang mengaku minat dan mereka-mereka ini dapat tiket free ke konsert search bernilai RM58.. Pehhhhh untung gila.. Geng ERA ni datang kat opis Jeemon pon tak lama, dalam 20minit je pastu dorang balik la... Kakakakaka~ Tapi sempat la Jeemon bergambar dengan dorang suma.. PEACE :D


30 August 2011

Angry Bird Yang Real

Inilah bentuk nyata dari burung-burung yang ada dalam game Angry Birds..









05 July 2011

Mengenal pasti iPhone 4 original dengan iPhone 4 Tiruan

Sekarang zaman smartphone, semua orang berebut-rebut nak memiliki smartphone dan di kalangan rakyat Malaysia pastinya ramai inginkan iPhone dan Android.

Disebabkan populariti smartphone seperti iPhone dan Android meningkat, banyak produk-produk tiruan mula dihasilkan terutamanya kompeni dari China. Produk tiruan iPhone misalnya dijual dengan harga 1/4 atau 1/5 daripada harga iPhone asal, malah bentuk, pakej, cable dan UI juga seakan-akan sama macam yang original.

Namun, kalau dah nama produk tiruan mesti banyak cacat celanya. Antaranya processor yang lemah, screen tak berkualiti, touch screen tidak bagus dan sebagainya. Ada yang scam dan jual produk tiruan dengna harga yang mahal dan ramai yang telah tertipu sebenarnya.

Mana satu iPhone 4 original vs tiruan? Cuba teka?

1. Dari segi bentuk luaran, aksesori charger, dan logo Apple adalah sama. Tulisan Designed in California, assembled in China tetap sama.

2. Body iPhone 4 original dibuat daripada besi + kaca, manakala iphone tiruan dibuat daripada plastik.

3. iPhone tiruan menggunakan sim card biasa dan bukan micro sim seperti iPhone 4.

4. iPhone tiruan boleh masukkan memory card, tetapi iPhone 4 tiada sokongan memory card, hanya hard disk terbina dalam.

5. Kedua2 iphone ori dan tiruan mempunyai kamera depan dan belakang, yang bezanya kualiti camera iPhone tiruan sangat rendah, dan mempunyai shutter sound yang aneh dan kuat.

6. Speaker iphone tiruan jauh lebih kuat tetapi bunyi pecah dan audio kualiti rendah.

7. Biasanya iphone tiruan tidak mempunyai 3G, tetapi mempunyai wifi. Wifi pula biasanya wireless b/g dan bukan wireless b/g/n. Wifi iphone tiruan tidak boleh guna WPA enteprise misalnya.

8. Bila on, menu dan layout kelihatan sama dengan iPhone 4. Cuma scrolling agak lag, dan icon nampak aneh.

9. Screen resolution iphone tiruan adalah rendah dan mengakibatkan display tidak sharp dan juga lcd digunakan adalah lcd murah. Jadi gambar tidak terang.

10. Touch screen tidak sensitif dan slow, laggy. Sesetengah model menggunakan resisitive screen, jadi tidak berapa memberi tindakbalas ke atas sentuhan jari.

11. Tidak boleh charge usb, tapi boleh guna charger sama dengan iPhone original.

12. Tidak perlu itunes untuk activation, juga tidak menggunakan sebarang smartphone os. Interface iphone tiruan dibuat menggunakan j2me (java) dan dibuat supaya menyerupai iphone.

13. Sesetengah games juga diberi percuma di dalam iphone tiruan. Saya try dan ada game plants vs zombies versi ciplak dan sangat tak best.

14. Tiada facetime, safari, ipod, app store dan beberapa native apps pada iPhone original. Yang ada hanya apps yang “mimik” fungsi native apps iPhone.

16. Biasanya harga iPhone tiruan adalah 1/4 atau 1/5 daripada harga iPhone sebenar.

Dah ramai tertipu, jadi kena observe betul-betul. Kalau ada orang jual iPhone rm500, RM800 etc tu dah sah-sah i-phone ciplak.

i-phone celcom

i-phone 4 china

Perkataan 'BYE'

Perkataan BYE merupakan jarum sulit org kristian...Didalam bahasa Arab b'maksud "fi hafzil baba" manakala dlm bahasa Malaysia bermaksud di bwh naungan pope (paderi). Jadi foward dan sebarkan kepada semua sahabat2 anda. Semoga Allah memberi rahmat kepada kita dan orang lain. Wassalam.

Wallahualam...

Sebaiknya gantikan perkataan BYE tersebut kepada Assalamualaikum. .. Kerana sesungguhnya Islam yang diwariskan kepada kita oleh junjungan besar Nabi Muhammad SWT itu sudah lengkap dan sesuai untuk diamalkan sehingga ke akhir zaman... Cuma kita sahaja yang gemar menuruti budaya barat... (Budaya orang kafir laknat Nauzubillah. ..)

12 June 2011

10 Tips Menjadi Pasangan Yang Baik


1 )Terima seadanya:
Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.

2) Berkomunikasi secara terbuka:
Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.

3) Aktiviti bersama:
Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.

4) Tunjukkan cinta anda:
Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata 'sudah kahwin untuk apa romantik lagi'. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.

5) Kawal perasaan:
Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.

6. Jangan ungkit kisah lalu:
Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.

7) Kurangkan rasa cemburu:
Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.

8) Jaga komitmen antara satu sama lain:
Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.

9) Jujur:
Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.

10) Beri layanan terbaik sepanjang hidup:
Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak.

16 May 2011

Selamat Pengantin Baru Sis....

Tanggal 13.05.2011 selepas solat Asar, sepupu aku dah sah jadi isteri orang .. Selamat pengantin baru diucapkan kepada Norfadiyana Mohd Mokhtar dan Syaharil Saad.. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..

persiapan utk kenduri


debaran bakal pengantin :p


aktiviti sarung cincin




seri pengantin


bapa pengantin

pengapit sedang diconteng









geng cacamerba


cacamerba ii


tgh tunggu ketibaan pengantin lelaki







senyum sampai telinga




 

ruang tidur utk kanak-kanak


ruang tido utk org tua


bakal pengantin 20 tahun lagi.....