18 April 2012

Doa Dan Petua Menduduki Rumah Baru



1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.


2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."
3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
5. Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.
Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam.
Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut:
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.

jenis-jenis bos


Hidup bekerja makan gaji memang tak dapat lari dengan perangai boss. Selagi kita bekerja dengan orang lain selagi tu la kita ada boss. Kalau jadi CEO pun ada boss jugak, pemegang saham la bossnya.


Lain la kalau kita ada bisnes sendiri, kitalah yang jadi bossnya. Macam-macam jenis boss ada. Ada yang ok tak kurang jugak yang tak ok. Selalunya yang tak ok tu jer yang kita nampak. Yang ok tu kita buat-buat tak nampak. Biasalah manusia.


Boss jenis "yes boss"

Boss jenis macam ni letih kita dibuatnya. Mana taknya, apa yang boss dia suruh, apa yang boss besar kata, CONFIRM dia akan kata "yes boss" walaupun benda tu tak betul. Yang buat kerjanya kita. DIa senang la, cakap "yes boss' lepas tu yang kena pulun buat kerja kitalah. Yang buat lagi boring, arahan yang dia "yes boss" kan tu semuanya merapu, mengarut, membazir dan takde makna.


Boss jenis tak percaya anak buah

Confirm letih. Mana taknya gila tak percaya tahap gaban punya. Benda-benda kecik pun nak disemaknya satu-satu. Kadang-kadang tu ada yang jenis duduk sebelah kita tengok kita buat kerja macam mana. Perghh stress....

Boss jenis manjang nak cepat 

Memanglah kerja tu kadang-kadang nak cepat siap. Tapi lemas kalau kerja dengan boss jenis ni. Baru je bagi kerja, tak sampai 2 minit tanya kita dah siap belum? Lepas tu dia dok tanya-tanya sampai la kita siap kerja tu. Kot ya pun bagi la masa sikit. Kalau kerja yang perlu analysis etc. tak akan la seminit dua dah siap. 

Boss yang kita tak faham apa yang dia nak

Haaa... bos yang jenis ni memang banyak. Bila time bagi kerja kat kita seolah-olah dia bagi freedom la kononnya You buatlah macamana you rasa elok. Waa macam ok jer bunyinya. Tapi bila kita tunjuk output kat dia, haa macam-macam la katanya. Bukan macam ni yang I nak. Ah sudah! cakap je la awal-awal yang macamana yang dia nak.




Boss jenis tak konsisten
Boss jenis ni memang letih kita. Memang tahan sabar je la. Suruh buat macam ni, jumpa dia sekali dia ubah lak tang lain. Jumpa dia lepas tu lain pulak yang disuruhnya. Aaaa kacau Boss macam ni elok dikurangkan aje berjumpa dengan dia. Baru aman hidup kita. Setiap kali jumpa, setiap kali dia ubah arahan dia.

Boss jenis yang elok dia dapat nama, yang tak elok?
Boss jenis ni pun ramai. Jenis nak selamatkan diri dia jer. Bila ada salah, kena tegur dengan orang atas, dia channel kat kita. Haa tu la you patutnya buat macam ni, bukan macam tu. Padahal semua yang kita buat semua dia dah approve. Ini jenis bos yang nak lari daripada tanggungjawab. Mati hidup balik dia tak kan pikul tanggungjawab dia. Yang elok atau dapat pujian memang dia yang kaut semua. Bab-bab negatif ni semua dia tala kat kita. Silap-silap depan boss besar dia tala kita. Bestt kan....

Boss yang kerja tak buat tapi mengampu kuat
Boss yang macam ni kalau ikut kata dia, kerja biar strategik. Strategik tengkorak dia... Kalau dah kita jer yang asyik pulun. Dia lepas tangan terus, sibuk duk pulun kayu golf dengan orang2 besar. Orang macam ni memang cepat naik pangkat sebab dia pandai ampu boss besar. Yang dok pulun kerja tak mengampu hmmm.... duduk la kerusi yang sama sampai ke tua.

Boss yang tak nak dengar pendapat orang lain.
Mentang-mentanglah dia boss. Bila dalam meeting tu serupa takde meeting la. Orang start bagi pendapat, dia cantas. Penghabisnya meeting tu semua pendapat dia la yang betul. Orang lain ni pakat cukup syarat jer datang meeting. Dia nak suruh orang dengar dia bercakap, tu jer matlamat dia. 
Jadi boss korang jenis yang macamana. Share di facebook dengan kawan-kawan satu ofis. Biar terbahak-bahak satu ofis. Opss jangan bagitau boss aaa.....