27 June 2012

8 Lokasi Cari Pasangan

1.   Perpustakaan
Bagi yg masih belajar,tmpt ini pastinya memberikan peluang kpd kamu ntuk mencari pasangan.kata orang"sambil menyelam sambil minum air" Bagi yg lelaki,ape kata kamu beranikan diri "approach" gadis yg kamu suka.hulurkan salam persahabatan dgn sopan dan ikhlas.tentu si gadis tu takkan marah.Perempuan ini tak kisah kalau lelaki bersopan dgn mereka. Lainlah kalau kamu bersiul dan mengusik mereka.silap hari bulan,kamu makan penampar! 

2.   Pusat Boling 
Salah satu tempat yg di gemari oleh remaja.ha,apa kata kamu ajak teman-teman pergi bermain boling.kalau tak main pun,tumpang tengok jadilah.mungkin cinta kamu akan berputik di pusat boling?? 

3.   Pusat beli-belah 
Pasti ramai yg tidak percaya.tetapi yakinlah ada di antara kita yg mendapat pasangan di pusat membeli belah.tidak mustahil ini juga berlaku kpd kamu.oleh itu,rajin-rajinlah mengunjungi pusat membeli belah untuk"window shopping" atau menonton wayang.mana tahu mungkin kamu di pikat di sana .. ^_^ 


4.   Tempat seminar/camping
Kita sering terdengar kawan2 kita bertemu dgn pasangannye sewaktu menghadiri seminar/camping.mungkin perkara yg sama berlaku kpd kamu.selalunya aktiviti ini turut melibatkan orang lain di luar sekolah.jadi apabila kamu di beri peluang untuk menghadirinya,jangan menolak.mana tahu kamu akan mendapat pasangan hidup mu di sana.menghabiskan masa selama beberapa hari bersama pasti akan membuka ruang untuk kamu mengenali lebih ramai orang. T_T 

5.   Internet 
wah! Ini adalah peluang yg paling luas sekali kini.ramai di antara kamu yg mendapat pasangan melalui cara ini.cubalah kamu melayari internet untuk berchatting,manalah tahu rezeki kamu untuk bertemu dgn pasangan melalui internet.tidak kurang juga perkenalan melalui 
"chatting" boleh membawa ke jinjing pelamin.lekas..cubalah siapa tahu rezeki kamu.kata orang'tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yg tahu'tapi awas!bnyk juga yg penipu. 
selamat berjaya! 

6.   Kenduri kahwin 
Pasti ade yg gelak bila baca tips ini..tapi banyak yg berkesan tau!pasti ramai yg akan menghadiri majlis perkahwinan.jadi rajin-rajinlah diri memenuhi undangan jemputan perkahwinan.selain mendapat pahala,siapa tahu kamu akan terpikat dengan seseorang di sana nanti?? wow!! 

7.   Pejabat/sekolah 
Sesekali kamu perlu di tonjolkan diri agar diri kamu menjadi perhatian ramai.dah kenal barulah cinta kan ??jadi cubalah menyertai sebarang aktiviti yg di anjurkan oleh organisasi sekolah kamu agar kewujudan kamu akan di sedari..contohnya sukan,kelab, dan sebagainya.pasti ada yg tertarik dengan kamu nanti.  

8.   Kafe
Daripada kamu terperap di rumah.apa kata kamu ajak teman-teman lepak di mana-mana kafe.kalau mampu pergilah ke kafe yg eksklusif.tentu yg melepak di situ juga yg best-best.siapa tahu ,tiba-tiba saje kamu mendapat nombor telefon daripada mamat yg duduk di meja sebelah kamu?? 

ayat lepas kawen


 Sebelum Tido:

 6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
 6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
 6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

 Pakai Toilet:
 6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
 6 bulan: Masih lama lagi ke nih? 
 6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

 Pakai Toilet:
 6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
 6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
 6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa
 pilah gunung ledang sana !!!

 Balas SMS:
 6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan
 murtabak favourite U ye Sayang..
 6 bulan: Trafik jam aah
 6 tahun: K..

 Dating process:
 6 minggu: I love U, I love U, I love U.
 6 bulan: Of course I love U.
 6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

 Pulang Kerje:
 6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
 6 bulan : I'm BACK!!
 6 tahun: Masak apa hari ini??

 Hadiah (ulang tahun):
 6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
 6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
 6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

 Telefon:
 6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
 6 bulan: Eh... Your call...
 6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

 Masakan:
 6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!! !
 6 bulan: Kita makan apa malam ini??
 6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

 Memaafkan:
 6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi
 yang lain,eh
 6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
 6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

 Baju baru:
 6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
 6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
 6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

 Merancangkan Holiday:
 6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke
 tempat yg U nak honey?
 6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu
 naik flight...
 6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

 TV:
 6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
 6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
 6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK.. 

15 June 2012

tips tidur lena di waktu malam



Kesukaran tidur di waktu malam seringkali dihadapi oleh golongan bekerjaya. Masa yang paling sesuai untuk merehatkan minda dan tubuh serta merenggangkan otot-otot kita yang saban hari bekerja adalah ketika tidur.

Jika kita tidak dapat tidur yang cukup, permulaan hari kita akan menjadi celaru dan kelak menggundang lebih banyak masalah.

Tidur yang paling sesuai untuk orang dewasa adalah selama 7-8 jam sehari.

Ikuti beberapa tips berkesan untuk mendapatkan tidur yang lena setiap hari!

pemilihan tilam dan bantal
Pastikan anda memilih tilam dan bantal yang sesuai dan selesa. Jika anda ada duit lebih, apa salahnya laburkan untuk keselesaan di tempat tidur anda. Terdapat beberapa jenama pengeluaran bantal dan tilam diperakui keberkesanannya. Antaranya adalah Vono, Dreamland dan juga Kingkoil. Ikut keselesaan anda, saiz dan juga ketebalan kabusnya perlu diambil kira kerana ada sesetengah orang yang suka bantal lebih rendah dan lembut, ada juga yang gemarkan bantal ataupun tilam yang lebih keras dan tinggi untuk meletakkan kepala. Fahami kehendak sendiri sebelum anda membeli.

elakkan tidur di waktu petang
Badan pasti terasa lesu setelah seharian bekerja dan memerah otak. Apabila sampai di rumah, elakkan daripada terus baring. Lebih elok jika anda bersihkan diri dan makan malam dahulu. Kerana jika anda sudah tidur di waktu petang kemungkinan besar, anda akan menghadapi kesukaran untuk tidur pada malam kerana anda tidak berasa mengantuk apabila anda tidur pada waktu petang.

bersihkan diri
Sebelum tidur, pastikan keadaan diri anda sudahpun bersih dan segar selepas mandi sebelum anda tidur. Diri anda akan berasa lebih selesa untuk tidur dengan bauan kesegaran selepas mandi.

jangan makan terlalu banyak 1 jam sebelum tidur
Waktu yang paling sesuai untuk makan malam adalah di sekitar jam 7 hingga ke 8 malam. Selepas dari masa yang dinyatakan, anda disarankan tidak mengambil makanan berat seperti nasi, mee goreng dan makanan berat yang lain kerana bukan sahaja tidak bagus untuk sistem pembakaran lemak, malahan badan anda akan terasa lesu keesokan paginya.

minum segelas susu segar
Di dalam susu segar mengandungi satu bahan yang dipanggil tryptophan dimana berfungsi sebagai alat pembina protein yang akan menghasilkan hormon kegembiraan di dalam badan. Selepas meminum susu., badan anda akan berasa ringan dan lebih gembira untuk melelapkan mata. Jika kita dapat lihat, bayi kecil akan meminum susu mereka sebelum tidur dengan mudah.

kosongkan fikiran
Masalah ini serinkali terjadi kepada mereka yang tertekan dengan kerja seharian. Untuk mengelakkan tidur anda terganggu, cuba tips ini, fikir perkara yang lebih seronok dari memikirkan masalah kerja dan sebagainya yang hanya akan menyukarkan tidur anda. Kosongkan fikiran, dalam 10 atau 15 minit selepas itu, anda pasti akan terlelap.