20 July 2012

jangan.. jangan.. jangan..


·         Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.


·         Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

·         Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

·         Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

·         Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)..

·         Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH Dan DOA makan. Nanti rezeki Kita dikongsi syaitan.

·         Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

·         Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

·         Jangan biarkan mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

·         Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

·         Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

·         Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

·         Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

·         Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

·         Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

·         Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

·         Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

·         Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

·         Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita. Sesungguhnya ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

·         Jangan baca saja, tetapi hendaklah disusuli dengan amal. Ilmu tanpa amal seumpama pohon yang tidak berbuah.

sekadar nasihat


Sedikit nasihat untuk kita sama2 fikir2kan dan amal2kan…
Kita bukannya…
1.     Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh
2.    Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin
3.    Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome
4.    Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa
5.    Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat
6.    Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang
7.    Kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah
8.    Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut

Tapi kita adalah…
1.     Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain
2.    Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan
3.    Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri
4.    Kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain
5.    Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain
6.    Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati
7.    Kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah
8.    Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama

09 July 2012

hepy besday to you


hepy besday to Noor Aizam Binti Abdul Rahman yang ke 33..
hari ni (9 Julai 2012) adalah hari tua anda.... 
sory tak dapat call hari ni sebab tipon dah kena sekat (belom bayo bil lagi)..




10 Cara Berjimat


10 Cara Berjimat!!

1. Masak sendiri
Elakkan makan kat luar.Bukan je dapat berjimat tapi terjamin dari segi kebersihan & kesihatan. Maklumlah sekarang nie, semua benda dah naik harga.. terutamanya makanan! So, kalau masak sendiri dah boleh kurang sikit belanja tu. Tapi untuk yang duduk kat hostel tu, terpaksalah makan kat kafe.
2. Potong langganan yang tak penting
Contoh langganan yang tak berapa penting nie macam langganan majalah2 atau Astro. Sebaliknya bacalah e-magazines yang berlambak dalam Internet tu dan layanlah siaran TV daripada stesen TV tak berbayar seperti TV1, TV2, TV3 & etc.. Gerenti boleh jimatkan kos!
3. Pakai prepaid instead of postpaid
Time bercouple nie la yang banyak habis duit, betul tak? Bergayut, sms-ing jugak banyak menelan belanja. Kalau kita pakai postpaid, kita akan terus bersembang berjam2 lamanya tanpa mengira masa. Tengok tengok hujung bulan kena bayar 3-4ratus. Prepaid yang paling jimat ialah Digi Easy Prepaid. Untuk nombor yang kita set kan as BUDDY kita, call & sms free selagi kita punya prepaid tak expired la. Yang, tak boleh sangat nak kurang gayot & sms pergila la beli sim ni. Berbaloi!
4. Jangan asyik beli barangan branded
Kadang kadang, most people memang suka guna barangan branded. Better quality, kata mereka. Betul tu tapi harga confirm mahal! Tetapi korang kena ingat yang  sekarang nie, objektif  korang adalah untuk cut-cost demi nak save bajet untuk plan masing2. Lepas dah setelkan plan korang nanti, kalau korang nak beli barangan branded pon beli lah tapi biar lah berpada.
5. Jual barang-barang terpakai
Kalau kat rumah korang ada banyak barang-barang yang dah tak digunakan, tetapi masih lagi berkeadaan elok, apa kata jual jer barang2 tue kat kedai2 secondhand ataupun jual online. Selain ebay, lelong.com dan mudah.my adalah medium paling popular untuk menjual barang-barang. Tapi jangan pulak ko pi jual barang yang dah tak buleh pakai.
6. Jangan berhabis untuk modify/make-up kereta
Ada sesetengah orang suka sangat ‘menghias’ kereta dengan macam macam  aksesori, tukar enjin turbo, rendahkan ketinggian kerete, tukar sport rim, absorber & etc. Hmm.. tak rasa membazir ke?Dah la, barang barang untuk kereta ni agak mahal jugak. Yang pastinya, kalau aksesori tu memang diperlukan, takpe la kan? Kalau kereta tu dah elok2, tapi korang tetap nak modify nya untuk tampak lebih canggih, baik fikir dua tiga kali. Walaupun itu hobi kesayangan korang, tapi cuba kurang kan sikit  bab-bab modifications tu.
7. Jangan merokok!
Emm… yang nie mungkin susah sikit la untuk sesetengah orang nak ikut, kan? Kalau sudah addicted tuh, memang susah nak buang tabiat nie. Tapi kalau tak boleh berhenti pun, at least cubalah kurangkan sikit merokok tu. Selain dapat menyelamatkan nyawa korang, ia memang confirm boleh mengurangkan perbelanjaan bulanan korang. Takpon gulung je rokok daun. Nampak tua pon tak pe, asal duit berkepuk.Kalau mati pon, banyak harta tinggal kat anak bini.=p
8. Kurangkan beli gajet2 elektronik
Di zaman IT yang serba canggih nie, macam ada tarikan magnet untuk beli dan guna gajet2 yang mewah dan berteknologi tinggi misalnya PS3, Garmin, Tablet PC & etc. Kebanyakan gajet gajet nie memang mahal. Kalau betul betul nak berjimat, buat wish list dulu, then lepas dah setel plan2 yang penting tu, barulah korang  beli gajet2 nie. Teknologi ni kalau nak kejar memang tak kan pernah dapat. So, tak yah la beriya sangat nak beli gajet gajet yang terlatest.
9. Kurangkan dating’
Weekend mungkin  masa yang korang tunggu2 untuk keluar ‘dating’  dengan buah hati tersayang. Masa keluar nie, memang confirm duit pun akan ‘keluar’ sama. Contohnya, kalau bajet untuk ‘dating’ pada setiap weekend ialah RM50, dalam sebulan tak ke jadi RM200? Banyak gak tu kan. So, baik simpan duit & kahwin je terus nak dating hari hari pon parents tak bising.
10. Berkongsi kereta
Istilah glamernya ‘carpool’. Cara ini ada pros dan cons dia yang tersendiri. Ada sesetengah orang suka guna cara ni dan ada jugak  yang kurang gemar kongsi kereta. Tapi, kalau korang  jenis yang tak suka memandu sendirian, apa salahnya kalau cuba cara nie.Ingat, kalau berkongsi kereta, kenalah adil, dan kena ikut giliran jangan pulak asyik kita je yang jadi driver & keluar duit isi minyak. ‘Tong-tong’ lah dengan penumpang yang lain.
Berjimat ni kena mula dari awal. Kalau last minit baru nak jimat memang tak efektif langsung. Yang mana yang kita rasa mampu jimat, kita jimat. Simpan duit ni, bukan untuk orang lain untuk diri kita jugak kan?