20 July 2012

jangan.. jangan.. jangan..


·         Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.


·         Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

·         Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

·         Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

·         Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)..

·         Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH Dan DOA makan. Nanti rezeki Kita dikongsi syaitan.

·         Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

·         Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

·         Jangan biarkan mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

·         Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

·         Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

·         Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

·         Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

·         Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

·         Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

·         Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

·         Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

·         Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

·         Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita. Sesungguhnya ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

·         Jangan baca saja, tetapi hendaklah disusuli dengan amal. Ilmu tanpa amal seumpama pohon yang tidak berbuah.

No comments:

Post a Comment